fb fb fb fb fb

Sergio Mattarella terima mandat bagi penggal ke-dua

FOTO AFP

ITALI, 4 Februari - Presiden Itali Sergio Mattarella mengangkat sumpah secara rasmi selepas menerima mandat bagi penggal ke-dua untuk tempoh tujuh tahun.

Pemilihan semula beliau yang memperoleh undi majoriti parlimen pada 29 Januari, berlaku selepas parti-parti politik utama gagal mencapai persetujuan pencalonan bagi presiden baharu.

Walaupun menolak pada awalnya, Mattarella bersetuju menggalas tugas itu bagi penggal ke-dua atas dasar tanggungjawab terhadap kecemasan kesihatan dan ekonomi semasa yang dikaitkan dengan pandemik COVID-19.

Bercakap kepada anggota parlimen, Mattarella menekankan keperluan negara untuk bersatu dalam fasa pemulihan yang sukar ini, dan menggariskan beberapa keutamaan untuk ditangani dalam tempoh terdekat termasuk pembaharuan yang meluas dalam sistem kehakiman.

Ini merupakan kali ke-dua seorang ketua negara dipilih semula di Itali sejak tahun 1948.

Sebelumnya hanya pendahulu Mattarella, Giorgio Napolitano berkhidmat untuk penggal ke-dua dan kurang daripada dua tahun.- AFP

 

Media Baharu