fb fb fb fb fb

16 pendatang masih hilang di Perairan Fuerteventura

FOTO AFP

 MADRID, 4 Februari- 16 pendatang masih hilang di laut sehari selepas pengawal pantai Sepanyol menyelamatkan bot dari Kepulauan Canary yang membawa kira-kira 40 mangsa terselamat dan satu mayat, kata jurucakap kerajaan pada Khamis.

“Menurut keterangan, daripada 40 pendatang yang diselamatkan 16 orang lagi jatuh ke laut di perairan Fuerteventura,” kata jurucakap itu kepada AFP, merujuk kepada salah satu pulau di kepulauan Atlantik.

Sumber di Salvamento Maritimo, pengawal pantai Sepanyol, turut mengesahkan bahawa 16 orang dikatakan hilang dari bot yang mereka selamatkan, yang membawa 41 mangsa terselamat dan mayat seorang yang telah meninggal dunia.

Misi menyelamat diadakan kira-kira 35 kilometer ke selatan Fuerteventura, yang merupakan pulau paling hampir dengan pantai Afrika di mana banyak bot berlayar dalam usaha untuk sampai ke tanah Eropah.

Menurut Caminando Fronteras, NGO Sepanyol yang sering membantu bot pendatang dalam kesusahan, sejumlah 4,404 pendatang mati atau hilang ketika cuba sampai ke Sepanyol tahun lepas, meningkat daripada 2,170 pada 2020.

Ia adalah jumlah tahunan tertinggi sejak kumpulan itu mula menyimpan rekod pada 2015. Lebih buruk, banyak mayat tidak pernah ditemui.

Menurut angka yang dikendalikan oleh Projek Migran Hilang Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi, sekurang-kurangnya 1,176 orang mati atau hilang pada 2021 di laluan Kepulauan Canary, manakala sekurang-kurangnya 384 yang lain hilang di Mediterranean ketika cuba sampai ke Sepanyol dari Maghribi dan Algeria.

Tahun lalu, 40,100 pendatang berjaya sampai ke Sepanyol melalui laut, angka kementerian dalam negeri menunjukkan, angka yang hampir sama dengan jumlah yang tiba setahun sebelumnya.- AFP

Media Baharu