fb fb fb fb fb

Rayuan Suu Kyi ditolak lagi

(FOTO RTM)

YANGON, 8 Oktober -Mahkamah Agung junta tentera Myanmar telah menolak rayuan Suu Kyi berkaitan enam kes rasuah yang membawa kepada pemenjaraan pemimpin berkenaan menurut satu laporan media.

Suu Kyi, yang kini ditahan sejak kerajaan pimpinannya digulingkan oleh junta tentera pada 2021 berdepan hukuman penjara selama 27 tahun jika sabit kesalahan.

Suu Kyi turut melakukan rayuan terhadap berpuluh-puluh kes jenayah yang menuduhnya khianat, rasuah, dan pelanggaran undang-undang komunikasi.

Pemenang hadiah Nobel Keamanan itu, walau bagaimana pun menafikan segala pertuduhan berkenaan.

Sejak rampasan kuasa oleh junta tentera pada 2021, Myanmar sentiasa bergolak. Beribu-ribu penentang dipenjara dan turut dibunuh bagi melenyapkan tentangan.

Ogos lalu, Mahkamah Agung menolak lima rayuan Suu Kyi berhubung mengimport dan memiliki walkie talkie, hasutan dan melanggar sekatan COVID-19.-REUTERS


(Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi/FOTO REUTERS)

Media Baharu