fb fb fb fb fb

Rayuan Raja Dadah Mexico jalani hukuman penjara di tanah air dipertimbang

(Joaquin "El Chapo" Guzman sedang menjalani hukuman seumur hidup di penjara persekutuan
Colorado selepas dia diekstradisi ke AS dan dijatuhkan hukuman pada 2019/ AFP)

MEXICO, 19 Januari-Permohonan Raja Dadah Mexico, Joaquin "El Chapo" Guzman untuk pulang ke tanah air bagi meneruskan hukuman penjara seumur hidup akan dipertimbangkan.

Perkara berkenaan dimaklumkan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

El Chapo dilaporkan merayu kepada Presiden dengan mendakwa telah diseksa secara psikologi di penjara Amerika Syarikat.

Susulan itu Lopez Obrador berkata beliau akan melihat perkara itu.


(Presiden Andres Manuel Lopez Obrador/ AFP)

Tambahnya lagi, tidak jelas sama ada Mexico mempunyai kuasa untuk memenuhi permintaan beliau, namun usaha ke arah itu sentiasa terbuka atas nama hak asasi manusia.

El Chapo kini berdepan hukuman penjara seumur hidup di Colarado selepas disabitkan kesalahan pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan kesalahan berkaitan senjata pada 2019.

Menurut salah seorang peguamnya, Jose Refugio Rodriguez, El Chapo di katakan tidak gembira dengan keadaan penjara yang sangat teruk termasuk pengasingan.

Dia berharap dapat kembali ke tanah air untuk meneruskan hukuman di bawah perjanjian antara kedua-dua negara.

Media Baharu