fb fb fb fb fb

Rayan ditemukan telah meninggal dunia di dasar perigi

MAGHRIBI, 6 Februari - Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam 32 meter di Maghribi, ditemukan telah meninggal dunia.

Penemuan tragik itu sekali gus menamatkan operasi selama lima hari.

Terdahulu, keadaan kanak-kanak malang tersebut yang berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat, tidak diketahui.

Berdasarkan rakaman dari lokasi kejadian, sebuah ambulans didapati berundur dari kawasan yang telah digali pasukan penyelamat.

Rayan dilaporkan terjatuh ke dasar perigi kering bersaiz kecil, Selasa lalu.

Sementara itu, Raja Maghribi, Raja Mohammed VI menyatakan hasrat untuk bertemu ibu bapa kanak-kanak tersebut.

 

Media Baharu