(Foto Reuters)
MENINDEE, 20 Mac- Penduduk di sini menggesa pihak berkuasa bertindak segera dan memulakan pembersihan selepas ratusan ribu ikan mati ditemui terapung di Sungai Darling, sekitar 1,000 kilometer ke barat Sydney, Australia.
Tahap oksigen yang rendah di sungai kedua terpanjang di Australia itu menjadi punca kematian ikan besar-besaran baru-baru ini, kata pihak berkuasa alam sekitar.
Difahamkan, kematian ratusan ribu ikan di kawasan sama pernah berlaku pada 2018 dan 2019 di mana ia mencatatkan sehingga sejuta ikan mati akibat aliran air yang lemah, kerosakan kualiti air dan perubahan suhu yang mendadak.
Polis New South Wales pada lewat Ahad memaklumkan, Pusat Gerakan Kecemasan ditubuhkan di Menindee untuk menyelaras pembuangan ikan yang mereput dan mengatur bekalan air bersih.-REUTERS
(Penduduk gesa pembersihan segera dilakukan selepas
ratusan ribu ikan mati di sungai Australia/Foto Reuters)