fb fb fb fb fb

Finland negara paling bahagia di dunia

(Foto Reuters)

HELSINKI, 20 Mac- Finland sekali lagi menduduki tempat pertama senarai negara paling bahagia di dunia menerusi Laporan Kebahagiaan Dunia yang dikeluarkan hari ini.

Penarafan itu diukur menerusi sokongan sosial, pendapatan, kesihatan, kebebasan, kemurahan hati dan ketiadaan rasuah.

Finland mendahului senarai untuk tahun keenam berturut-turut, diikuti oleh Denmark, Iceland, Israel, Belanda, Sweden, Norway, Switzerland, Luxembourg dan New Zealand.

(Penarafan itu diukur menerusi sokongan sosial, pendapatan, kesihatan,
kebebasan, kemurahan hati dan ketiadaan rasuah/Foto Reuters)

Menurut laporan itu, kebanyakan penduduk di seluruh dunia terus berdaya tahan walaupun menghadapi beberapa krisis seperti pandemik COVID-19, krisis tenaga global, inflasi tinggi dan perang di Ukraine.

Secara umumnya ia mengatakan orang lebih bahagia tinggal di negara di mana jurang kebahagiaan adalah lebih kecil.

Lithuania adalah satu-satunya negara baharu dalam dua puluh teratas tetapi Afghanistan dan Lubnan yang dilanda perang kekal sebagai dua negara paling tidak berpuas hati dalam tinjauan itu.

Laporan Kebahagiaan Dunia pertama daripada Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan, yang merupakan inisiatif global Pertubuhan Bangsa Bersatu, diterbitkan pada 2012.-REUTERS

Media Baharu