(Pangkalan Udara Basa di Pampanga/Foto Reuters)
PAMPANGA, 20 Mac- Amerika Syarikat (AS) dan Filipina dijangka mengumumkan tapak baharu dalam masa terdekat bagi memperluaskan Perjanjian Kerjasama Pertahanan Dipertingkat (EDCA).
Sekali gus meningkatkan lagi akses barat ke pangkalan tentera di negara Asia Tenggara itu.
Bulan lalu, di bawah perjanjian EDCA 2014, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr memberikan Washington akses kepada empat pangkalan tentera ke atas lima lokasi sedia ada.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat, Frank Kendall selepas pertemuannya dengan Ketua Pertahanan Filipina, Carlito Galvez di Pangkalan Udara Basa di Pampanga.
(Frank Kendall/Foto Reuters)
Pemulihan landasan adalah sebahagian daripada AS$82 juta yang telah diperuntukkan oleh AS untuk pelaburan infrastruktur di lima tapak EDCA sedia ada.-REUTERS