fb fb fb fb fb

Dua petugas ICRC yang diculik, dibebaskan

DAKAR, 20 Mac- Dua kakitangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang diculik pada awal Mac di utara Mali, dibebaskan petang semalam.

“Kami sahkan dua pekerja ICRC yang diculik pada 4 Mac di kawasan antara Gao dan Kidal di utara Mali, dibebaskan pada petang Ahad," kata pertubuhan itu menerusi catatan di Twitter.

"Rakan sekerja kami sihat dan telah dibebaskan tanpa kecederaan, tanpa syarat. Kami berterima kasih kepada semua yang menyumbang untuk pembebasan mereka," tambahnya.

(Foto Hiasan)

Sejak 2012, Mali telah berada dalam cengkaman krisis keselamatan dan politik yang serius.

Beribu-ribu orang awam, polis dan tentera telah terbunuh di seluruh rantau itu, dan lebih daripada dua juta orang meninggalkan kediaman mereka.

Dengan kawalan kerajaan yang lemah di beberapa bahagian negara, penculikan telah menjadi perkara biasa. Motif berkisar daripada tuntutan tebusan kepada tindakan balas dendam.

Seorang doktor Pertubuhan Kesihatan Sedunia diculik di Mali pada akhir Januari, dan dibebaskan pada Februari.

Pada bulan Mei, lelaki bersenjata menculik tiga warga Itali dan seorang warga Togol di tenggara negara itu.-AFP

Media Baharu