fb fb fb fb fb

20 orang awam maut dalam serangan berasingan di Republik Congo

(Penduduk Congo yang kehilangan tempat tinggal dilihat di kem IDP
 Kigonze di Bunia, wilayah Ituri/Foto fail pada 2 Mac 2023/REUTERS)

BUNIA, DR CONGO, 20 Mac- Lebih 20 orang awam terbunuh dalam serangan berasingan di wilayah bergolak di timur Republik Demokratik Congo.

Ia ketika pertempuran antara tentera Kerajaan dengan pemberontak M23, berterusan di North Kivu.

Demikian menurut sumber tempatan kepada AFP.

CODECO -- kumpulan yang mendakwa melindungi masyarakat Lendu daripada puak etnik Hema, melancarkan serangan terhadap lima buah kampung di Mahagi di wilayah Ituri, pada Sabtu.

"15 orang kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga emas, maut dalam serangan berkenaan," menurut ketua kampung, Arnold Lokwa.

Sembilan orang lagi dilaporkan terbunuh di Nguli, North Kivu.

Dua kanak-kanak juga dilaporkan hilang.-AFP

(Misi Penstabilan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Republik Demokratik
Congo (MONUSCO) -- pasukan pengaman membuat rondaan di kem Kigonze
untuk pelarian di Bunia, wilayah Ituri/Foto fail pada 2 Mac 2023/REUTERS)

Media Baharu