(Foto Reuters)
KOREA UTARA, 20 Mac- Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa negara itu kekal bersiap sedia untuk melancarkan serangan nuklear pada bila-bila masa.
Beliau menuduh Amerika Syarikat dan Korea Selatan, mempertingkatkan latihan ketenteraan bersama, melibatkan aset nuklear Washington.
Menerusi gambar dikongsikan Televisyen Korea Utara (KRT), pemimpin Korea Utara itu sekali lagi dilihat menghadiri ujian peluru berpandu terbaharu bersama anak perempuannya.
Dalam latihan pada Sabtu dan Ahad itu, peluru berpandu balistik dengan kepala peledak palsu dilancarkan sejauh 800 kilometer (497 batu).
Ia sebelum mengenai sasaran pada ketinggian 800 m (0.5 batu) di bawah senario serangan nuklear taktikal, kata media kerajaan.
Korea Selatan dan Jepun melaporkan pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat Korea Utara di luar pantai timur pada Ahad, yang terbaharu dalam siri ujian peluru berpandu beberapa minggu kebelakangan ini.-REUTERS
(Kim Jong Un bersama anak perempuannya ketika meninjau ujian
peluru berpandu terbaharu bersama anak perempuannya/Foto Reuters)