CHINA, 20 Mac - Dua jururawat yang terawal merawat pesakit COVID-19 di Wuhan tahun 2020 lalu, baru-baru kembali bagi menikmati keindahan musim bunga sakura di bandar itu.
Atas jemputan Universiti Wuhan, Sun Yuanyuan dan Zhang Lijie datang dari Wilayah Liaoning di timur laut China, bersama kakitangan perubatan lain ke Wuhan.
Bunga sakura kini mekar sepenuhnya penuh di universiti itu, ini lah saat yang dinantikan oleh kedua-dua jururawat itu.
Wuhan merupakan bandar pertama di China yang dilanda COVID-19 dengan ramai petugas dari seluruh negara kesihatan datang untuk membantu merawat dan melawan wabak bahaya itu.
"Oleh kerana wabak itu, kami sudah tiga tahun tidak melakukan perjalanan," kata Sun, jururawat dari Hospital Rakyat Pertama Jinzhou di Liaoning.
(Sun Yuanyuan dan Zhang Lijie/FOTO REUTERS)
Ahli keluarga kedua-dua jururawat telah memberikan sokongan padu ketika menempuh tempoh sukar, untuk itu kedua-kedua keluarga jururawat itu turut dijemput oleh universiti berkenaan.
"Ini adalah kali pertama dalam hidup saya saya menaiki kapal terbang dan melawat bandar besar. Saya sentiasa mahu melihat di mana ibu bekerja," kata Yu Zhengyang, anak lelaki Zhang.
Sun dan Zhang membawa ahli keluarga mereka melawat hospital, setiap detik yang dihabiskan untuk bekerja di sana masih jelas dalam ingatan mereka. - REUTERS