fb fb fb fb fb

Ratusan rakyat Honduras bersiap menuju Amerika Syarikat

FOTO REUTERS

TEGUCIGALPA, 20 Januari - Beratus-ratus penduduk Honduras berkumpul di terminal bas, utara negara itu menuju ke Amerika Syarikat, lapor stesen televisyen tempatan pada Jumaat.

Keadaan itu merupakan sebahagian daripada usaha penduduk negara itu melepaskan diri daripada kemiskinan dan kesukaran mendapatkan pekerjaan di Honduras.

Saluran berita, Hoy Mismo menganggarkan seramai 300 orang berkumpul di Terminal bas stesen, Gran Terminal di utara bandar San Pedro Sula, rata-ratanya orang muda dan ahli keluarga yang turut membawa anak-anak.

Bas-bas berkenaan dijangka bertolak pada Sabtu menandakan perjalanan kumpulan pertama rakyat Honduras ke utara sejak pentadbiran Presiden negara itu, Xiomara Castro yang mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2022.

Sementara itu, kerajaan Honduras menganggarkan kira-kira 64 peratus penduduk negara itu yang tiada tempat tinggal hidup dalam kemiskinan.

Salah seorang penduduk yang ditemui Reuters menyifatkan ketiadaan pekerjaan dan sumber makanan menyebabkan rakyat memilih bagi berhijrah ke AS bagi memulakan penghidupan baharu.

"Situasi di Honduras sangat teruk. Tiada makanan dan pekerjaan.

"Anda perlu ke Amerika Syarikat bagi penghidupan baharu", kata Wilfredo Bonilla yang berhijrah menuju AS bersama rakan-rakannya.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD