COPENHAGEN, 20 Januari- Letusan gunung berapi di barat daya Iceland berkemungkinan akan berakhir beberapa hari lagi, menurut Pihak Berkuasa Meteorologi Iceland (Met) pada Jumaat.
Aktiviti seismik terus berkurangan dan pergerakan tanah kemungkinan semakin perlahan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kajian menunjukkan bahawa magma tidak lagi mengalir dan letusan sudah berhenti dan tahap bahaya bagi penilaian risiko di kawasan itu juga telah dikurangkan.
Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa masih terdapat risiko tinggi kejadian tanah runtuh di bandar berhampiran Grindavík.
Letusan gunung berapi di semenanjung Reykjanes, barat daya Reykjavik bermula Ahad lalu.
Semasa letusan itu, tiga rumah di pinggir utara Grindavík musnah akibat lahar panas. - BERNAMA-dpa