fb fb fb fb fb

Ratusan pinggan kosong diletakkan di pantai Brazil gesa pemimpin dunia tangani isu kelaparan

FOTO AFP

RIO DE JANEIRO, 17 November- Aktivis hak asasi manusia meletakkan 733 pinggan kosong di Pantai Copacabana bagi mewakili 733 juta orang yang menderita kelaparan di seluruh dunia menjelang sidang kemuncak G20 di sini.

Menurut Agensi Anadolu, protes simbolik yang dianjurkan oleh kumpulan masyarakat sivil itu bertujuan menarik perhatian terhadap isu kelaparan global dan menggesa pemimpin dunia mengambil tindakan.

Diilhamkan oleh kata-kata ahli sosiologi dan aktivis Brazil Betinho de Souza bahawa "Kelaparan tidak boleh menunggu," pinggan yang ditandakan dengan palang merah itu bertujuan untuk menyerkahkan betapa mendesaknya krisis berkenaan.

Rio akan menganjurkan Sidang Kemuncak G20 pada 18 hingga 19 Nov, yang akan menghimpunkan pemimpin 19 ekonomi utama, EU dan Kesatuan Afrika di bawah tema: "Construction of a just world and a sustainable planet."

Penduduk tempatan turut menyertai protes di kawasan paling meriah di bandar itu untuk memberikan sokongan mereka terhadap pergerakan berkenaan.- BERNAMA-ANADOLU

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE