ISLAMABAD, 18 September – Ratusan pelarian Afghanistan dilihat bergerak ke sempadan Torkham selepas pihak berkuasa Pakistan menguatkuasakan arahan ketat supaya mereka pulang ke negara asal masing-masing.
Pakistan menjadi tuan rumah kepada pelarian Afghanistan lebih empat dekad, sejak konflik berpanjangan.
Namun pada 2023, Islamabad melancarkan operasi pengusiran besar-besaran dengan menuduh populasi itu sebagai “pengganas dan penjenayah”.
Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), lebih 554,000 rakyat Afghanistan telah pulang sejak April, termasuk 143,000 orang yang pulang pada bulan Ogos sahaja. - AFP