BAITULMAQDIS, 18 September – Pemimpin kanan Hamas, Ghazi Hamad, muncul dalam siaran langsung di saluran Al Jazeera.
Ia sekali gus menjadi kemunculan pertama pemimpin Hamas selepas serangan Israel di Doha pada 9 September lalu.
Menurut sumber Hamas, Hamad antara enam pemimpin utama berada dalam bangunan yang disasarkan Israel, termasuk ketua perunding Khalil al-Hayya dan bekas ketua Hamas Khaled Meshaal.
Turut bersama ketika serangan, ketua Hamas Tebing Barat, Zaher Jabarine, serta dua ahli biro politik, Bassem Naim dan Taher al-Nounou, yang dilaporkan terselamat daripada serangan tersebut. - AFP