fb fb fb fb fb

Bekas Presiden Brazil positif kanser kulit

Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro

BRASILIA, 18 September – Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, disahkan menghidap kanser kulit selepas menjalani pemeriksaan perubatan terbaharu.

Menurut Dr Claudio Birolini, Bolsonaro, 70, yang baru sahaja keluar hospital selepas ditahan semalaman atas masalah kesihatan lain, telah menjalani pembedahan membuang beberapa kulit pada Ahad lalu.

“Dua daripada lesi berkenaan diuji positif sebagai karsinoma sel skuamus,” katanya.

Bolsonaro minggu lalu turut disabitkan kesalahan mengetuai cubaan rampasan kuasa di negara itu. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN