BEIRUT, 17 September – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar timur Baalbek pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan serangan itu dilakukan oleh sebuah dron Israel.
Israel kerap melancarkan serangan di Lubnan dengan alasan menyasarkan Hizbullah, meskipun gencatan senjata menamatkan peperangan terbaharu dengan kumpulan itu pada November lalu. - AFP