FOTO REUTERS
LONDON, 6 Februari- Permaisuri Britain, Ratu Elizabeth II memberi sokongan kepada isteri Putera Charles, Camilla dinobatkan sebagai permaisuri apabila pewaris takhta itu menjadi raja, mengukuhkan kedudukannya di tengah-tengah keluarga diraja selepas pernah dinilai sebagai orang luar.
Ia dinyatakan baginda dalam surat yang ditulis menandakan peringatan ke-70 menaiki takhta.
Ratu berharap Camilla, diangkat sebagai permaisuri ketika anaknya, Charles menaiki takhta sebagai raja dan mendapat sokongan rakyat sepenuhnya.
Ratu dengan jelas membuka jalan bagi Camilla, dan permintaan ini menegaskan bahwa Camilla, yang sering dianggap sebagai 'orang luar' oleh rakyat Britain memiliki tempat tersendiri dalam keluarga diraja berkenaan.
Tindakan Ratu Elizabeth mencerminkan penerimaan yang lebih luas terhadap status Camilla dalam keluarga diraja.
Putera Charles dan Camilla, berkahwin pada tahun 2005 dalam satu majlis di Windsor.
Clarence House dipetik berkata pada Sabtu bahawa mereka tersentuh dan berbesar hati dengan permintaan baginda.
Camilla yang bergelar Duchess of Cornwall, kini kerap mewakili keluarga diraja bersama Charles semasa menjalankan tugas rasmi.
Sepanjang sejarah British, isteri seorang raja biasanya diberi gelaran 'Queen Consort' ketika berkahwin.
Namun secara rasmi telah diputuskan bahawa Camilla menggunakan gelaran Princess Consort jika Charles menjadi raja. -REUTERS