fb fb fb fb fb

COVID-19: Hong Kong catat jumlah kes harian tertinggi sejak dilanda pandemik

FOTO AFP

HONG KONG, 6 Februari - Jumlah kes harian COVID-19 di Hong Kong dilaporkan melonjak ke paras paling tinggi.

Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam berkata, satu mesyuarat akan diadakan Selasa depan bagi membincangkan rancangan untuk memperketatkan langkah-langkah penjarakan sosial.

Menurut media tempatan, sebanyak 350 kes jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian Kesihatan beri amaran tempoh dua minggu akan datang adalah penting dalam usaha mengawal gelombang kelima penularan COVID-19 di bandar tersebut.

Pihak berkuasa khuatir gelombang penularan ini adalah yang paling buruk pernah melanda Hong Kong sejak pandemik COVID-19 bermula.

Lebih banyak bangunan kediaman sudah pun diletakkan di bawah sekatan dan pada masa sama pegawai kesihatan berusaha untuk mengenal pasti kontak rapat kes-kes positif.

Media Baharu