PYONGYANG, 27 Mei- Presiden Korea Utara Kim Jong-un menongkah arus dengan memberi nama program vaksinasi Korea Utara dengan nama romantis iaitu 'Ramuan Cinta Abadi'.
Ini berlaku ketika negara dunia menamakan program imunisasi COVID-19 sebagai Program Vaksinasi Kebangsaan.
Bagaimanapun, setakat ini, program vaksin COVID-19 Korea Utara itu hanya tersedia untuk tentera dan pekerja projek pembinaan negara.
Program vaksinasi Ramuan Cinta Abadi Korea Utara dimulakan dengan kerjasama media kerajaan yang mempromosikan program itu; sebuah hadiah 'mesra' Jong-un.
(Foto fail /AFP)
Radio Free Asia melaporkan, pelbagai mesej dan propaganda politik dimainkan termasuk menyebut ia suntikan vaksinasi cinta dari yang mulia iaitu merujuk kepada Jong-un.
Dalam pada itu, media juga memaklumkan, permulaan program vaksinasi COVID-19 untuk rakyat akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Pegawai kesihatan di Pyongyang giat melakukan pemeriksaan air sungai bagi mencegah penyebaran COVID-19.
Ia bagi menjamin keselamatan dan kebersihan air minuman daripada dicemari wabak. -AFP