fb fb fb fb fb

China ikrar tanam 70 bilion pokok menjelang 2030, sahut inisiatif WEF

DAVOS, 27 Mei- China berikrar untuk menanam dan memulihara 70 bilion pokok menjelang 2030.

Ini sebagai menyahut inisiatif Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai penanaman pokok sebanyak satu trilion di seluruh dunia.

Keputusan itu diumumkan oleh perwakilan khas China bagi perubahan iklim, Xie Zhenhua, ketika berucap pada sesi bertajuk "Lindungi Planet Kita dan Umat Manusia" pada Forum Ekonomi Dunia, (WEF) 2022 di Davos, Switzerland.

(Perwakilan khas China, Xie Zhenhua ketika berucap pada Forum Ekonomi Dunia, (WEF) 2022
di Davos, Switzerland bertajuk "Lindungi Planet Kita dan Umat Manusia"
/AFP)

China menyifatkan komitmen itu sebagai satu tanggungjawab untuk menghijaukan planet, memerangi perubahan iklim serta meningkatkan kemampuan hutan menyerap dan menyimpan karbon.

Ia juga bertepatan dengan ikrar Presiden Xi Jinping pada 2020 untuk memastikan China mencapai matlamat puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan neutral karbon sebelum 2060.

China akan mengambil langkah-langkah konkrit untuk menterjemahkan iltizam berkenaan.

Antaranya termasuk menggubal dasar, mengubah pengeluaran tenaga dan memelihara simpanan karbon hutan dengan kepelbagaian semula jadinya. -AFP

Media Baharu