fb fb fb fb fb

Putin gembira banyak syarikat asing tinggalkan Rusia, beri peluang peniaga tempatan

MOSCOW, 26 Mei- Presiden Vladimir Putin gembira apabila beberapa syarikat asing meninggalkan Rusia kerana syarikat tempatan boleh mengambil alih perniagaan mereka.

Malah, beliau memberi amaran kepada Barat bahawa Moscow masih akan mencari jalan untuk memperoleh teknologi canggih dan barangan mewah.

Sejak perang, sebilangan besar pelabur asing utama antaranya Shell, McDonald’s dan BP yang bertindak menghentikan operasi mereka ketika Rusia menghadapi penguncupan ekonomi paling teruk sama seperti ketika keruntuhan Soviet.

(Pelabur asing seperti McDonald's antara yang mengentikan operasi di Rusia /AFP)

Putin berkata, Rusia masih memerlukan akses kepada teknologi ekonomi termaju .

Namun beliau tidak menjelaskan bagaimana Rusia akan mencari jalan untuk mengekalkan akses kepada komponen dan perisian barat.

Beliau juga tidak menafikan perniagaan negara menghadapi masalah terutamanya dalam bidang rantaian bekalan dan pengangkutan.

Bagaimanapun katanya situasi itu membantu Moscow dalam satu cara untuk menjadi lebih kuat. -AFP

Media Baharu