fb fb fb fb fb

Konflik perang, rakyat Ukraine teruja ke pantai

UKRAINE, 12 Ogos - Beberapa pantai di sini, dibuka secara rasmi untuk orang ramai sejak ia ditutup susulan konflik negara itu dengan Rusia.

Pada Februari 2022 Ukraine diserang dan pelabuhan terbesar dan pangkalan tentera lautnya diserang berkali-kali menggunakan peluru berpandu dan dron.

Demi keselamatan penduduk dan selepas insiden lombong meletup di pantai, pantai ditutup.

Gabenor Odesa, Oleh Kiper menerusi Telegramnya berkata, keputusan untuk membuka pantai itu dibuat secara bersama oleh pentadbiran awam dan tentera Odesa.

Beliau berkata pantai-pantai itu akan terus dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 8 malam.

Penyelamat dan bekas penyelam Oleksandr berkata, bahawa pukat antilombong diletakkan di sekitar pantai untuk keselamatan. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu