fb fb fb fb fb

Enam maut selepas bot pendatang karam di Channel

PERANCIS, 12 Ogos- Sebuah bot membawa pendatang asing karam di Sangatte utara Perancis. Bot itu dalam perjalanan menuju ke Britain.

Menurut pegawai maritim Perancis, kejadian itu mengorbankan enam orang pendatang asing.

Empat kapal Perancis, sebuah helikopter serta dua kapal British terlibat dalam usaha menyelamat itu.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan, "kira-kira 50 pendatang telah diselamatkan dan sebahagian daripada mereka menaiki kapal British.

Lebih 100,000 pendatang telah menyeberangi selat itu menggunakan bot kecil dari Perancis ke tenggara England. Britain mula merekodkan kemasukan pendatang asing secara terbuka pada 2018.

Menurut angka rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat, "lebih 100,000 pendatang telah menyeberangi selat itu menggunakan bot kecil dari Perancis ke tenggara England."

Pihak berkuasa Perancis telah meningkatkan rondaan dan langkah pencegahan selepas London bersetuju untuk menghantar ratusan juta euro setiap tahun kepada Paris.

Berpuluh-puluh pendatang lemas selain kejadian bot terbalik di perairan itu berikutan ia menjadi laluan perkapalan tersibuk di dunia.

Tahun lalu, lima pendatang mati dan empat yang lain hilang ketika cuba menyeberang ke Britain dari Perancis.

Pada November 2021, 27 pendatang maut dalam kejadian bot karam.- AFP

(Pendatang asing Afrika/Foto arkib AFP)

Media Baharu