JERMAN, 12 Ogos- Kapten England, Harry Kane menandatangani perjanjian empat tahun dengan Bayern Munich sehingga 2027.
Kedua-dua kelab telah bersetuju dengan bayaran yang dianggarkan 100 juta euro untuk pemain berusia 30 tahun itu. Ketika ini, kontraknya masih berbaki setahun di Tottenham.
Menurut Kane dalam satu kenyataan, "saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada Bayern FC sekarang."
"Bayern merupakan salah satu kelab terbesar di dunia, dan saya selalu berkata mahu bersaing dan membuktikan kebolehan diri saya pada peringkat tertinggi sepanjang karier. Kelab ini ditakrifkan oleh mentaliti kemenangannya. Sangat sangat baik menjadi sebahagian daripada pasukan ini."
Gergasi Jerman itu sangat memerlukan pemain penyerang selepas Robert Lewandowski berhijrah ke Barcelona pada musim lalu.
Kane menjaringkan 280 gol dalam 435 perlawanan untuk Spurs dan juga merekodkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa England dengan 58 gol antarabangsa.
Bagaimanapun, Kane masih belum memenangi trofi utama di peringkat kelab atau antarabangsa.
Kane dalam satu hantaran dalam platform media sosial X, "sukar untuk meninggalkan kelab yang banyak memberi peluang dan banyak berjasa dalam karier saya."
"Terima kasih Tottenham, terima kasih peminat Tottenham."
Kane menjadi penjaring terbanyak di Piala Dunia 2018 dan membawa England mara ke separuh akhir.- AFP
(Harry Kane/AFP)