BRAZIL, 12 Ogos - Sebuah loji perintis hidrogen hijau dibuka di Rio de Janeiro untuk mempromosikan sumber tenaga mampan dengan bantuan basikal berkuasa H2.
Projek itu hasil perkongsian Brazil-Jerman, bertujuan menyelidik potensi penggunaan H2 atau hidrogen hijau di kawasan seperti mobiliti bandar.
Kilang perintis itu akan menggunakan panel solar untuk menghasilkan hidrogen dan dua basikal berkuasa H2 akan disediakan kepada orang ramai.
Projek tersebut dikendalikan Institut Alberto Luiz Coimbra untuk Pengajian Siswazah dan Penyelidikan dalam Kejuruteraan (Coppe), sebuah pusat penyelidikan di Universiti Persekutuan Rio de Janeiro dengan kerjasama projek H2Brazil. - REUTERS
(FOTO REUTERS)