SHANGHAI, 12 Ogos- Menteri Luar China Wang Yi menggesa Filipina bekerjasama dengan China untuk mencari cara berkesan untuk meredakan ketegangan di Laut China Selatan, kata agensi berita rasmi Xinhua.
Komen itu berikutan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara berhubung lokasi kapal perang yang berfungsi sebagai pos tentera di Laut China Selatan.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Wang semasa lawatan ke Singapura dan Malaysia pada Khamis dan Jumaat, kata Xinhua.
China berulang kali menyatakan kesediaannya untuk menyelesaikan perbezaan dengan Filipina melalui dialog dua hala.
Filipina memenangi keputusan timbang tara antarabangsa pada 2016 terhadap tuntutan China ke atas Laut China Selatan. Perkara itu selepas tribunal memutuskan tuntutan menyeluruh Beijing tidak mempunyai asas undang-undang, termasuk di Thomas Shoal Kedua.
Bagaimanapun, China berkata tuntutan perkara itu bertindih dengan zon ekonomi ekslusif (ZEE) Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Indonesia.- REUTERS
(Wang Yi/REUTERS)