fb fb fb fb fb

Peminat Australia teruja menjelang pertembungan suku akhir Perancis

BRISBANE, 12 Ogos - Peminat bola sepak Australia teruja menantikan aksi perlawanan Piala Dunia Wanita 2023, Matildas menentang Perancis di Stadium Brisbane.

Mereka berarak ke stadium dengan memukul gendang, melaungkan dan menyanyi sepanjang jalan, mengharapkan pasukan Tony Gustavsson dapat mengekalkan impian itu.

Meski keputusan hitam putih berpihak kepada tuan rumah Australia, namun Perancis dilihat tidak akan mensia-siakan peluang berkenaan dengan menurunkan barisan pemain terbaik mereka.

Selain Amerika Syarikat (AS), yang memenangi kejohanan 1999 dan mara ke separuh akhir empat tahun kemudian di tanah air, tiada negara tuan rumah lain menjulang trofi itu malah berjaya melepasi suku akhir.

Matildas, yang membida untuk mara ke suku akhir buat kali pertama, menewaskan Perancis 1-0 dalam perlawanan persahabatan seminggu sebelum kejohanan bermula, di hadapan lebih 50,000 penonton di Melbourne. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu