fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan musnahkan Maui, Hawaii dan berpuluh-puluh maut

AMERIKA SYARIKAT, 12 Ogos - Berpuluh-puluh orang maut akibat kebakaran hutan di pulau Maui dan Pulau Besar Hawaii.

Kebakaran itu turut memaksa beribu-ribu penduduk dan pelancong berpindah, selepas memusnahkan bandar peranginan bersejarah Lahaina.

Rakaman video menunjukkan kawasan kejiranan, perniagaan dan kenderaan musnah, kebanyakan jalan di Lahaina rosak

Situasi itu sememangnya dianggap perkara biasa terjadi di negara yang dilanda musim panas, seperti di Greece Sepanyol, Portugal dan bahagian lain di Eropah,

Di barat Kanada, kebakaran yang luar biasa telah membawa kepulan asap sehingga ke Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada pencemaran udara.

Presiden AS. Joe Biden pada Khamis meluluskan pengisytiharan bencana untuk Hawaii dan mengarahkan bantuan persekutuan diberikan selepas kebakaran hutan melanda sebuah bandar peranginan di pulau Maui, AS. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu