fb fb fb fb fb

Petani Argentina harap perubahan menerusi pilihan raya umum

ARGENTINA, 12 Ogos - Petani dan penternak di Argentina berharap perubahan politik dalam pilihan raya umum tahun ini akan membawa kepada pasaran lebih bebas, kawalan mata wang lebih baik dan had eksport, selepas ketidaktentuan ekonomi yang lama melanda negara itu.

Negara Amerika Selatan itu akan mengadakan pilihan raya pada Ahad.

Kerajaan, menghadapi kekurangan dolar yang teruk, inflasi tahunan merosot kepada 116% dan penurunan mata wang yang telah mengenakan kawalan modal yang ketat.

Selain mengehadkan beberapa eksport dan menaikkan kadar faedah kepada 97%.

Situasi itu merumitkan dalam perdagangan soya dan makanan utama dunia.

Bersaing untuk mengetuai gabungan Bersama untuk Perubahan ialah Datuk Bandar Buenos Aires Horacio Larreta dan bekas menteri keselamatan Patricia Bullrich, yang akan menentang calon Peronis utama Sergio Massa, Menteri Ekonomi semasa.

Larreta dan Bullrich berjanji untuk menghapuskan cukai dan had ke atas eksport produk pertanian, serta menghapuskan had pada bursa dan pasaran modal. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu