fb fb fb fb fb

PM Australia kecam taktik 'takutkan' terhadap orang asli

SYDNEY, 12 Ogos- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengecam kempen dilakukan pembangkang terhadap rancangannya untuk memberikan hak perlembagaan kepada orang asli.

Tinjauan orang ramai menunjukkan sokongan untuk pembaharuan dikenali sebagai Suara, agak goyah.

Perkara itu merupakan cadangkan oleh masyarakat orang asli bagi menambah baik penggubalan dasar dan memberi mereka pengiktirafan dalam perlembagaan buat kali pertama.

Rakyat Australia dijangka akan mengundi pada pertengahan Oktober.

Bagaimanapun satu tinjauan yang dilakukan kepada 1,150 pengundi menunjukkan 47 peratus menentang, 43 peratus menyokong manakala 10 peratus tidak membuat keputusan.

Tinjauan lain baru-baru ini menunjukkan kumpulan yang menyokong perkara itu masih mendahului, namun angka itu berkurang secara beransur-ansur sepanjang tahun lalu.

Pindaan perlembagaan memerlukan majoriti undi yang menyokong, pada peringkat nasional dan kebanyakan negeri bagi meluluskan perkara itu.

Ketua pembangkang Peter Dutton memberi amaran kerana cadangan yang dibawa oleh Suara akan "mengubah keseluruhan sistem kerajaan kita."

Beliau juga berjanji untuk memperjuangkan pengiktirafan orang asli dalam perlembagaan sekiranya dia memenangi dalam pilihan raya akan datang.- AFP

(Anthony Albanese/Foto fail BERNAMA)

Media Baharu