fb fb fb fb fb

Rakyat Taiwan nikmati ketenangan sebelum ribut Koinu tiba

TAIWAN, 7 Oktober - Penduduk dan pelancong di bandar Taitung di tenggara Taiwan memanfaatkan suasana tenang , sebelum Taufan Koinu yang dijangka melanda daerah itu.

Pengunjung di pantai mengambil gambar ombak tinggi yang menandakan akan berlakunya ribut, sementara segelintir penduduk lain memilih untuk berada di kawasan bandar.

“Saya tidak gementar, selagi anda menjaga jarak (daripada taufan) semuanya baik-baik saja. Dan kemudian, setiap gelombang adalah pemandangan cantik, yang sangat menggembirakan saya. Kadang-kadang apabila duduk di sini dan menonton ombak, saya terfikir bagaimana anda boleh menonton ombak itu secara percuma tanpa perlu mengeluarkan wang.” kata pesara 71 tahun, Bergaran Ku.

“Oleh kerana saya tidak pernah melihat ombak sebesar ini sebelum ini, jadi saya datang ke sini untuk melihat kerana saya tinggal dekat sini secara kebetulan. Ombaknya cukup mengagumkan," kata Jurutera Mekanikal, Chen Ku-Chih.

Kesemua premis perniagaan sudapun membuat persedian awal menghadapi ribut

Koinu dijangka melanda pantai tenggara Taiwan berhampiran bandar Taitung pada Khamis sebagai taufan kategori tiga, kemudian menjadi lemah apabila ia melintasi selatan pulau itu dan memasuki Selat Taiwan, menurut Risiko Ribut Tropika.

Lebih 100 penerbangan telah dibatalkan, manakala perniagaan dan sekolah di kawasan bandar di bahagian selatan pulau itu ditutup sementara.

(FOTO REUTERS)

Media Baharu