fb fb fb fb fb

Aktiviti penebangan hutan di Amazon merosot lebih 56 peratus

(FOTO AFP)

SAO PAULO, 7 Oktober - Aktiviti penebangan hutan di hutan hujan Amazon di Brazil mencatatkan kemerosotan sebanyak 56.8 peratus pada September berbanding tahun lalu, menurut data yang dikeluarkan kerajaan negara itu.

Menurut data yang dikeluarkan oleh agensi penyelidikan angkasa Brazil (INPE), jumlah kawasan yang terlibat dalam aktiviti penebangan merosot kepada 49.5 peratus.

September lalu, Menteri Alam Sekitar Brazil Marina Silva mengumumkan inisiatif-inisiatif serta langkah-langkah yang diambil kerajaan negara itu bagi membenteras penebangan hutan secara haram di negara itu.

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva berikrar menamatkan penebangan hutan secara haram sebagai keutamaan pentadbirannya selepas kemusnahan di hutan hujan melonjak di bawah pentadbiran Presiden terdahulu, Jai Bolsonaro.

Penebangan dan kebakaran hutan pada kebiasaannya meningkat di Amazon antara bulan Ogos dan September, apabila cuaca menjadi lebih kering.

Kebakaran di kawasan itu bulan lepas jatuh 36 peratus dan bertambah baik daripada September tahun lalu yang dianggap terburuk dalam tempoh lebih sedekad pada 2022.

Data tersebut hadir ketika hutan hujan Amazon mengalami musim kemarau paling teruk dalam tempoh 40 tahun yang berisiko meningkatkan lagi kebakaran hutan.

Bulan lalu, Switzerland dan Amerika Syarikat (AS) menderma sebanyak AS$8.4juta kepada Tabung Dana Amazon Brazil untuk membantu pemeliharaan hutan hujan tropika terbesar di dunia.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu