fb fb fb fb fb

Rakyat Palestin tidak gentar arahan Israel

FOTO REUTERS

GAZA, 8 November - Beribu-ribu rakyat Palestin berlindung di hospital Al Shifa, pusat perubatan terbesar di Semenanjung Gaza yang baru-baru ini menerima arahan pemindahan daripada Israel.

Bagaimanapun mereka tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung dan mereka tidak bercadang untuk meninggalkan tempat itu.

Orang awam berteduh di sekitar hospital, dengan khemah menempatkan keluarga dari pelbagai kawasan di Gaza.

Gerai makanan dan pakaian turut didirikan di sekitar hospital.

Tentera Israel menuduh Hamas menggunakan hospital utama di Gaza sebagai perisai untuk operasinya.

Pegawai Hamas, Ezzat El-Reshiq seorang anggota biro politik pergerakan itu, menerusi Telegram berkata, "Tidak ada asas kebenaran terhadap apa yang dilaporkan oleh jurucakap tentera musuh," menyatakab Israel menyebarkan pembohongan sebagai "permulaan untuk melakukan tindakan baru, pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat kita."

Hospital itu kini menempatkan hampir 50,000 penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal, kata pegawai kesihatan.

Pegawai perubatan di hospital Al-Shifa dan Al-Quds berkata serangan udara berhampiran bangunan mereka.

Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) OCHR berkata seramai 117,000 orang awam berlindung dengan beribu-ribu pesakit dan doktor di hospital di utara.

Sekurang-kurangnya 8,306 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 3,457 kanak-kanak dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober, kementerian kesihatan di Gaza berkata pada Isnin.

Angka kematian di Tebing Barat meningkat kepada 329 rakyat Palestin sejak Januari, termasuk 121 kematian sejak 7 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Tebing Barat dalam satu kenyataan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF