INDIA, 8 November - Angka kematian akibat kemalangan kereta api di India meningkat kepada 14, dengan sekurang-kurangnya 50 cedera, kata seorang pegawai kereta api.
Kemalangan di negeri tenggara Andhra Pradesh itu disyaki berpunca daripada kesilapan manusia.
Kemalangan berlaku apabila kereta api penumpang Visakhapatnam-Rayagada berhenti pada kerana kabel terputus dan perkhidmatan Ekspres Visakhapatnam-Palasa merempuhnya dari arah belakang menyebabkan dua gerabak kereta api itu tergelincir.
Kementerian kereta api berkata siasatan awal mendapati bahawa "kesilapan manusia" membawa kepada "terlampau isyarat" daripada kereta api Visakhapatnam-Rayagada.
"Pada masa ini, 14 orang telah meninggal dunia dan terdapat lebih 50 yang cedera. Daripada 50 yang cedera, 29 masih dimasukkan ke hospital dan selebihnya telah dibenarkan keluar."kata Ketua Pegawai Perhubungan Awam, Keretapi Pantai Timur, Biswajit Sahu.
Kemalangan itu berlaku beberapa bulan selepas sistem kereta api yang dikendalikan kerajaan India mengalami kemalangan paling teruk dalam dua dekad apabila 292 orang terbunuh.
Indian Railways, rangkaian keempat terbesar di dunia sedang menjalani transformasi $30 bilion dengan kereta api baharu dan stesen moden dalam perancangan. - REUTERS