fb fb fb fb fb

Rakyat Mexico 'siap sedia', dilanda Taufan Beryl

Foto AFP

CANCUN, 5 Julai- Para pelancong yang sedang bercuti di pusat peranginan di Semenanjung Yucatan Mexico kini dalam fasa bersiap siaga.

Situasi itu berlaku disebabkan jangkaan kawasan itu bakal dilanda taufan Beryl, yang membawa angin kencang selepas melanda Jamaica dan Kepulauan Cayman.

Menurutu Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat, Beryl dikategorikan sebagai ribut Tahap 2, dengan angin 175 kilometer (110 batu) sejam dan dijangka semakin lemah ketika ia menuju ke daratan pada Jumaat di semenanjung.

Ribut itu telah meninggalkan jejak kemusnahan di seluruh Caribbean dan pantai Venezuela, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.

Ia merupakan taufan pertama sejak rekod NHC mula mencapai tahap Kategori 4 pada bulan Jun dan yang paling awal mencapai Kategori 5 tertinggi pada bulan Julai.

Di Mexico, amaran berwaspada telah dikeluarkan kepada seluruh komuniti agar bersiap sedia untuk berdepan Beryl, dengan tempat perlindungan disediakan untuk penduduk tempatan dan pelancong.

Di Cancun pula, orang ramai telah menyimpan bekalan makanan dan keperluan lain selama beberapa hari dan terdapat hotel yang telah menangguhkan operasi demi aspek keselamatan.

Beryl dijangka melanda Semenanjung Yucatan, muncul di atas Teluk Mexico, kemudian tiba di negeri utara Tamaulipas, yang bersempadan dengan Amerika Syarikat.

Taufan itu telah menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di Kepulauan Cayman.

"Di Jamaica, lebih 400,000 orang tidak mempunyai kuasa, menurut akhbar Jamaica Gleaner," merujuk kenyataan sebuah syarikat perkhidmatan awam.

Suhu lautan panas adalah kunci untuk taufan, dan perairan Atlantik Utara kini antara dua dan lima darjah Fahrenheit (1-3 darjah Celsius) lebih panas daripada biasa, menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan AS (NOAA).

Ketua Iklim PBB, Simon Stiell berkata perubahan iklim telah mengakibatkan bencana kepada satu tahap kemusnahan yang luar biasa.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM