fb fb fb fb fb

36 pesawat tentera China dikesan di perairan Taiwan

Foto AFP

TAIPEI, 5 Julai- Kementerian pertahanan Taiwan pada Jumaat telah mengesan 36 pesawat tentera China, di sekitar pulau itu dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

China mendakwa Taiwan yang memerintah sendiri sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berkata ia tidak akan sekali-kali berhenti menggunakan kekerasan dalam memastikan negara itu dibawah kawalannya.

Beijing telah meningkatkan tekanan ke atas Taipei dalam beberapa tahun kebelakangan ini selain turut mencetuskan konflik perang di sekitar pulau itu berikutan pelantikan pemimpin baharu Taiwan, Lai Ching-te pada 20 Mei lalu, yang dianggap sebagai "pemisah berbahaya".

Menurut kementerian pertahanan Taipei, Beijing menghantar 62 pesawat tentera di sekitar Taiwan, jumlah sehari tertinggi dalam tahun ini serta 27 kapal tentera laut.

Pada Jumaat, kementerian berkata ia telah mengesan 36 pesawat pejuang China dan enam kapal tentera laut yang beroperasi di sekitar Taiwan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 6.00 pagi waktu tempatan.

"35 daripada pesawat itu melintasi garisan median Selat Taiwan," kata kementerian itu dalam satu kenyataan, merujuk kepada garisan yang membelah dua laluan air sepanjang 180 kilometer (110 batu) yang memisahkan Taiwan dari China.

"Kementerian telah memantau keadaan dan bertindak balas sewajarnya," tambah kenyataan itu.

Pencerobohan terbaharu berlaku selepas pengawal pantai China merampas bot Taiwan kerana disyaki menangkap ikan secara haram di luar pantai Quanzhou, China dan berhampiran dengan pulau Kinmen, luar pesisir Taiwan.

Taipei menegaskan bahawa bot itu beroperasi di dalam lingkungan tempat menangkap ikan "tradisional" untuk kedua-dua pihak dan menuntut agar pembebasan tawanan disegerakan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM