fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia ditahan cuba seludup vape ke Singapura

FOTO FB Immigration & Checkpoints Authority

SINGAPURA, 16 September - Seorang lelaki Malaysia dicekup pihak berkuasa di Linkedua Tuas disyaki cuba menyeludup rokok elektronik ke Singapura menggunakan lori.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) merampas lebih 18,400 vape dan 1,400 komponen berkaitan.

Rampasan itu merupakan yang terbesar melibatkan penyeludupan vape di pusat pemeriksaan darat Singapura, sejak hukuman lebih berat dikuatkuasakan pada 1 September lalu.

“Barang rampasan dan suspek telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Sains Kesihatan untuk siasatan lanjut,” kata ICA menerusi hantaran di Facebook.

Lori berkenaan dikesan Pusat Penyasaran Bersepadu ICA melalui penilaian risiko sebelum ketibaan dan diarahkan menjalani pemeriksaan ketat.

Hasil pemeriksaan mendapati, barangan terlarang itu disembunyikan dalam lori terbabit yang diisytiharkan membawa “komponen untuk bidai luaran bermotor”.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN