fb fb fb fb fb

Dua maut serangan Rusia di Zaporizhzhia

FOTO Reuters

ZAPORIZHZHIA, 16 September - Sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala puluhan cedera dalam serangan besar-besaran Rusia ke atas bandar di tenggara Ukraine, di sini.

Pihak berkuasa memaklumkan serangan mengakibatkan kebakaran melibatkan tiga bangunan kediaman dan stesen perkhidmatan serta kenderaan.

Di lokasi berhampiran, 10 pangsapuri dan 12 rumah kediaman musnah, menurut pihak berkuasa.

Berdasarkan laporan awal, Tentera Rusia melancarkan 10 serangan udara dari beberapa lokasi dilengkapi sistem peluru berpandu.

Menurut penduduk, mereka terdengar bunyi letupan dari jarak jauh.

"Letupan kedengaran dari jauh ketika kami sekeluarga sedang tidur. Kemudian satu lagi letupan kuat mengakibatkan cermin di rumah kami pecah.

"Saya dan jiran sekitar keluar dan mendapatkan berusaha memadam kebakaran," katanya.

Sementara itu, dalam serangan berasingan di Kharkiv, empat individu cedera selepas sebuah dron milik Rusia menyasarkan Universiti Farmaseutikal Kebangsaan.

Bumbung institusi itu turut terbakar, menurut Datuk Bandar Ihor Terekhov.

Seorang wanita dirawat selepas mengalami trauma psikologi menyaksikan serangan dron itu, kata kakitangan universiti.

Setakat bulan ini sahaja, Rusia telah melancarkan lebih 3,500 dron pelbagai jenis, hampir 190 peluru berpandu dan lebih 2,500 bom udara, kata Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy menerusi Telegram. - REUTERS

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN