fb fb fb fb fb

Rakyat Israel berhimpun bantah tindakan Netanyahu

FOTO REUTERS

TEL AVIV, 21 April- Beribu-ribu rakyat Israel turun ke jalanan di seluruh negara dan Baitulmaqdis pada Sabtu untuk menggesa pilihan raya baharu dalam episod terbaru bantahan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Tinjauan menunjukkan kebanyakan rakyat Israel menyalahkan Netanyahu.

Netanyahu telah berjanji untuk meneruskan kempen Israel di Gaza, yang menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan telah membunuh lebih 34,000 rakyat Palestin.

Satu lagi kumpulan penunjuk perasaan turut berkumpul berhampiran kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis pada Sabtu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE