fb fb fb fb fb

Rakyat Argentina berkumpul, tuntut keadilan mangsa pemerintahan diktator

BUENOS AIRES, 25 Mac- Rakyat Argentina berhimpun di sini pada Jumaat untuk memperingati beribu-ribu mangsa kepada pemerintahan diktator tentera yang mengambil alih kuasa pada 47 tahun lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tengah-tengah Plaza de Mayo dengan memegang foto mereka yang hilang semasa pemerintahan tersebut sambil menuntut keadilan buat mangsa.

Kumpulan hak asasi manusia memukul gendang, menyanyikan lagu solidariti, dan memegang sepanduk dengan slogan gerakan 'Memori, Kebenaran dan Keadilan'.

(Peserta perhimpunan memegang foto mangsa pemerintahan diktator yang hilang
sambil menuntut keadilan buat mereka / Foto REUTERS)

Kira-kira 30,000 orang didakwa telah hilang semasa pemerintahan diktator pada tahun 1976 hingga 1983.-REUTERS

Media Baharu