GALICIA, 16 Ogos - Rakaman dron menunjukkan kesan kemusnahan akibat kebakaran hutan yang melanda wilayah Galicia selama lebih seminggu, dengan tujuh mangsa dilaporkan terkorban.
Menurut Perkhidmatan Maklumat Kebakaran Hutan Kesatuan Eropah, kebakaran memusnahkan lebih 157,000 hektar kawasan di Sepanyol setakat tahun ini, hampir dua kali ganda purata tahunan.
Jumlah kawasan yang terbakar dianggarkan menyamai keluasan bandar London.
Pasukan bomba masih bertungkus-lumus memadam kebakaran di beberapa kawasan di selatan Eropah, dalam salah satu musim panas terburuk sejak dua dekad lalu.
Gelombang haba hampir dua minggu serta tiupan angin dari arah selatan memburukkan keadaan di Sepanyol.
Agensi Meteorologi Kebangsaan (AEMET) turut memberi amaran risiko kebakaran ekstrem di utara dan barat negara itu, dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius di kawasan pantai utara. -REUTERS