GAZA, 16 Ogos – Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 61,827 orang dengan 155,275 yang lain cedera sejak konflik antara Hamas dan Israel tercetus pada Oktober 2023.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, serangan Israel meragut 51 nyawa dan mencederakan 369 orang.
Daripada jumlah itu, 17 maut manakala 250 cedera ketika menunggu bantuan kemanusiaan.
Sejak penubuhan Gaza Humanitarian Foundation yang disokong Amerika Syarikat dan Israel pada 27 Mei lalu, sebanyak 1,898 orang dilaporkan terbunuh ketika mendapatkan bantuan, manakala 14,113 yang lain cedera. -REUTERS