LONDON 4 Mei : Raja Britain, Raja Charles, bersama kerabat diraja tertinggi akan menyertai veteran dan orang ramai menyaksikan perarakan Hari VE.
Perarakan tentera serta pertunjukan udara itu adalah permulaan sambutan empat hari memperingati ulang tahun ke-80 Hari Kemenangan di Eropah, yang juga dikenali sebagai Hari VE.
Penyerahan kalah tanpa syarat oleh Nazi Jerman berkuat kuasa pada 8 Mei 1945 itu dikenali sebagai Hari Kemenangan di Eropah.
Kerajaan Britain merancang beberapa acara istimewa bagi memperingati ulang tahun bersejarah itu.
Sambutan akan bermula esok apabila loceng terkenal Big Ben di London berdenting tepat tengah hari, diikuti bacaan petikan ucapan bersejarah pemimpin perang Britain ketika itu, Winston Churchill.