fb fb fb fb fb

Jepun bantah China ceroboh kawasan pulau yang dipertikaikan

Rakaman dari udara menunjukkan pulau-pulau yang menjadi pertikaian, dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China, di Laut China Timur. / Foto AFP

TOKYO 4 Mei: Jepun mengemukakan bantahan rasmi kepada China selepas sebuah helikopter milik negara itu didakwa menceroboh ruang udara Jepun.

Selain itu, empat kapal dilaporkan memasuki perairan wilayah Jepun berhampiran pulau yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Pulau-pulau di Laut China Timur itu, dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku oleh Jepun, ditadbir Tokyo tetapi turut dituntut Beijing serta sering menjadi punca ketegangan antara negara terbabit.

Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan lewat Sabtu berkata, timbalan menterinya sudah menyampaikan 'bantahan keras' kepada Duta China ke Jepun berhubung pencerobohan berkenaan pada hari yang sama.

Kapal peronda China dan Jepun di Laut China Timur dilaporkan kerap berdepan dalam pertembungan berisiko tinggi di sekitar pulau-pulau yang dipertikaikan itu.

Ketegangan antara China dan negara lain yang turut menuntut kawasan di Laut China Timur dan Selatan mendorong Jepun memperkukuh hubungan keselamatan dengan Filipina dan Amerika Syarikat (AS). 

MOHAN CHINNASAMY