fb fb fb fb fb

Mexico tolak tawaran AS hantar tentera tangani dadah

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum (kiri) dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. / Foto AFP

MEXICO 4 Mei: Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mendedahkan pernah menolak tawaran rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menghantar tentera AS ke Mexico bagi membanteras masalah dadah.

Sheinbaum berkata, beliau dengan tegas menolak tawaran itu kerana berpendapat bahawa 'kedaulatan negaranya tidak boleh digadaikan atau dijual'.

Kenyataan Sheinbaum itu sebagai maklum balas kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) 2 Mei lalu.

Laporan itu mendakwa Trump mendesak Mexico membenarkan pembabitan lebih mendalam tentera AS dalam usaha memerangi kartel dadah di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS memberitahu bahawa Trump amat jelas dalam pendiriannya bahawa Mexico mesti bertindak lebih tegas terhadap kumpulan samseng dan kartel dadah.

Pada masa sama, AS sedia membantu dan memperluas kerjasama rapat antara kedua-dua negara.

MOHAN CHINNASAMY