MOSCOW, 4 Mei - Presiden China, Xi Jinping, akan mengadakan lawatan ke Rusia pada 7 hingga 10 Mei ini.
Xi akan bertemu Presiden Vladimir Putin bagi membincangkan pelbagai isu dua hala.
Selain, mengenai pembangunan kerjasama dan hubungan strategik serta isu-isu dalam agenda antarabangsa dan serantau.
“Kerajaan dan menteri-menteri... dijangka akan menandatangani beberapa dokumen dua hala,” menurut kenyataan Pejabat Presiden Rusia.
Putin telah mengarahkan gencatan senjata selama tiga hari di Ukraine, bertepatan dengan sambutan Rusia sempena dengan Perang Dunia Kedua pada 9 Mei.
Namun, ditolak oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, yang mendakwa ia sebagai sekadar sandiwara.
China berpendirian sebagai pihak berkecuali dalam perang yang telah berlarutan selama tiga tahun itu.
Namun, kuasa Barat mengatakan hubungan rapat Beijing dengan Moscow telah memberi sokongan ekonomi dan diplomatik yang penting. -AFP