fb fb fb fb fb

Quebec batal kenakan cukai kepada individu tidak divaksin

FOTO AFP

MONTREAL, 2 Februari - Wilayah Quebec mengumumkan akan membatalkan rancangan pelan kesihatan untuk mengenakan cukai terhadap individu yang tidak menerima vaksin COVID-19.

Ketua Menterinya, Francois Legault berkata keputusan itu dibuat susulan bantahan yang diterima daripada pelbagai pihak.

"Rancangan mengenai cukai berkenaan dikemukakan pada 11 Januari lalu bertujuan untuk memberi insentif kepada 10-peratus penduduk yang belum menerima vaksin bagi mendapatkan suntikan," katanya.

Lebih 80-peratus populasi berusia lima tahun ke atas telah melengkapkan vaksinasi mereka dan hampir 40-peratus telah mendapatkan dos penggalak. -AFP

Media Baharu